Seorang ketua bahagian berpangkat Datuk ditahan positif dadah

Astro Awani
April 2, 2018 18:10 MYT
Seorang ahli politik ditahan kerana positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi awal pagi tadi.-gambar hiasan
Seorang Ketua Bahagian sebuah parti politik berpangkat Datuk didapati positif dadah selepas ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi, awal pagi tadi.
Suspek ditahan dalam serbuan sekitar jam 4 pagi dan kemudian dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk saringan air kencing.
Hasil ujian air kencing mendapati suspek lelaki berusia 46 tahun itu positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
#amphetamine #Balai Polis Dang Wangi #Dadah #Jalan Imbi #ketua bahagian #methamphetamine #positif dadah #serbuan
;