Seorang 'Karpal Singh' tumbang, 'Karpal Singh' lain akan bangkit

T K Letchumy Tamboo
April 17, 2015 14:19 MYT
Setahun sudah berlalu sejak pemergian tokoh politik dan peguam terhormat mendiang Karpal Singh, walaupun begitu kenangan beliau masih bermain di fikiran rakyat Malaysia.
Setahun sudah berlalu sejak pemergian tokoh politik dan peguam terhormat mendiang Karpal Singh, walaupun begitu kenangan bersamanya masih bermain di fikiran rakyat Malaysia.
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, yang pernah duduk di sebelah ‘Harimau Jelutong’ itu di Parlimen, berkata pemergian ‘Uncle Karpal’ sangat dirasainya.
“Saya berpeluang duduk di sebelahnya di Parlimen. Setiap hari, ada sahaja cerita yang beliau akan berkongsi dengan saya yang membuatkan sidang Parlimen bertambah menarik.
“Tidak seperti ahli Parlimen lain, Uncle Karpal tidak akan membawa apa-apa kertas atau buku ke Parlimen kecuali Perlembagaan Persekutuan dan Perintah Tetap.
“Di Parlimen, beliau menetapkan standard yang tinggi kepada ahli Parlimen lain. Cara beliau berucap di Parlimen itu, memang adalah cara bagaimana seseorang ahli Parlimen perlu bercakap,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Turut mengenang peguam yang digeruni ramai itu ialah ahli politik veteran, Lim Kit Siang.
Di dalam beberapa tweetnya hari ini, Kit Siang berkata bukan sahaja DAP tetapi semua rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan Karpal.
Beliau juga menyeru supaya lebih ramai ‘Karpal Singh’ bangkit, walaupun seorang ‘Karpal Singh’ telah tumbang.

Best tribute 2Karpal 2continue the path blazoned by Tiger of Jelutong - a Malaysia which is beacon of hope where all Msians can feel proud.

— Lim Kit Siang (@limkitsiang) April 17, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

One Karpal has been laid to rest but let a multitude of Karpals rise up, not just Jagdip Gobind Ramkarpal Sangeet 4cause of justice/freedom

— Lim Kit Siang (@limkitsiang) April 17, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Not only DAP but all Malaysians are proud of Karpal's contributions achievements - Karpal's legacy 2DAP n Msia. We are all Karpal Singh!

— Lim Kit Siang (@limkitsiang) April 17, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Karpal never allowed political clowns/pygmies 2deflect him from his political purpose. We must all be Karpal 2b strong 2face new challenges.

— Lim Kit Siang (@limkitsiang) April 17, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng pula berkata Malaysia telah menjadi lebih miskin tanpa Karpal.
“Beliau tidak hanya sekadar mencipta sejarah dengan menjadi orang bukan Cina pertama untuk memegang jawatan Pengerusi DAP Kebangsaan tetapi telah mengunakan pengetahuan undang-undangnya untuk menunjukkan maksud sebenar Malaysia kepunyaan orang Malaysia, dengan mempertahankan hak-hak semua orang tanpa mengira kaum, agama, latar belakang dan kewarganegaraan.
“Saya merindui pemimpin bernama Karpal, mentor dan orang yang bukan sahaja memberi harapan, tetapi juga inspirasi kepada kami dengan keyakinan untuk berpegang teguh kepada prinsip-prinsip kami,” katanya di dalam satu kenyataan.
Sementara itu, pemergian Karpal Singh turut dirasai oleh pengguna media sosial, yang berkongsi kesedihan mereka.

It's been a year since Karpal Singh left us all. That's very very fast.

— AininieHaziqaaa (@AinieHaziqa) April 17, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

A year has passed since Malaysia lost this great statesman Karpal Singh Ji. My thoughts and prayershttps://t.co/IXBoVGjh7j

— Kavita Sidhu (@officialkavita) April 17, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mr Karpal Singh's life, always in the service of Malaysia. May his life inspire us to be better Malaysians always. pic.twitter.com/erfOV6GzSq

— Jahabar Sadiq (@jsadiq) April 17, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Remembering the Tiger of Jelutong. We miss you Karpal Singh

— Teresa Wong (@teresa_wong) April 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Karpal Singh terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya dekat Tapah pada 17 April, 2014.
KLIK GALERI FOTO : Karpal Singh Dalam Kenangan (1940-2014)
KLIK GALERI FOTO : Selamat jalan, Karpal Singh
#Harimau Jelutong #Karpal Singh #kematian #mendiang #setahun Karpal Singh
;