Seorang dikhuatiri tertimbus kejadian tanah runtuh di Batu Kurau

Abd Razak Mohd Ali
Oktober 25, 2019 22:08 MYT
Anggota bomba sedang berusaha mencari mangsa. - Foto JBPM
Seorang lelaki dikhuatiri tertimbus apabila berlaku tanah runtuh yang menghempap bahagian dapur rumahnya di Jalan Kampung Teras, Kampung Masjid, Ijok, Batu Kurau pada Jumaat.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang berusaha sedaya upaya untuk mencari mangsa.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Mohamad Yunus Abu, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.33 petang.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau dikejarkan ke lokasi, dan dibantu oleh anggota dari BBP Selama.
“Dipercayai terdapat seorang mangsa lelaki Melayu lingkungan 57 tahun tertimbus,” katanya.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan.
#Batu Kurau #Ijok #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #Jalan Kampung Teras #JBPM Perak #Kampung Masjid #tanah runtuh
;