Senyuman gembira Anwar ketika Tun Mahathir angkat sumpah sebagai PM!

Astro Awani
Mei 10, 2018 15:02 MYT
Anwar menonton istiadat angkat sumpah Perdana Menteri yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail
KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlepas untuk menjadi saksi sejarah dan menyaksikan secara langsung detik penting dalam lipatan sejarah Malaysia.
Dari satu lokasi rahsia, Anwar menonton Perdana Menteri yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah jawatan dan sumpah kerahsiaan sebagai PM.
Inilah visual yang dikongsi oleh Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin di laman Facebooknya.
#Anwar Mahathir #Anwar tonton Mahathir #Mahathir Anwar #Malaysia Memilih #Perdana Menteri Malaysia #PM #PM ke-7 #Tun Dr Mahathir angkat sumpah