Sentimen pengundi Sarawak pada PRU 13

Astro Awani
Februari 20, 2013 14:12 MYT
DAP Kuching mendakwa sokongan pengundi terutamanya di luar bandar semakin meningkat susulan pilihan raya negeri lalu.
Ahli parlimennya, Chong Chieng Jen memberitahu kesan gerak kerja jentera yang berterusan membantu sokongan pengundi terhadap parti itu bertambah.
Chieng Jen turut memaklumkan peningkatan antara lain turut dipengaruhi beberapa faktor asas termasuk isu pembangunan.
Ia bagaimanpun disangkal ahli dewan undangan, ADUN Semop, Abdullah Saidol yang menyifatkan parti pembangkang tidak begitu kukuh di Sarawak.
Pilihanraya umum lepas parlimen Bandar Kuching menyaksikan DAP menewaskan calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak, SUPP, Sim Yaw Yen dengan majoriti 9, 952 undi.
Sementara pada pilihan raya negeri 2011, dua DUN di bawah P195, Padungan dan Pending, juga berjaya disapu bersih DAP.
#DAP #Kuching #PRU-13 #PRU13 #Sarawak
;