KUALA LUMPUR:Pengguna media sosial dinasihatkan sentiasa berwaspada serta lebih berhati-hati dalam melindungi keselamatan platform dalam talian mereka, khususnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menunjukkan trend peningkatan penggunaan medium itu.
Pengerusi Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) Datin Mohana Mohariff berkata, terdapat laporan dan statistik daripada pihak berkuasa menunjukkan peningkatan jumlah mangsa jenayah siber seperti penipuan, penggodaman dan pencurian identiti, pada setiap hari.
Justeru katanya, bagi mengurangkan masalah itu, semua pengguna harus bersikap proaktif dalam melindungi keselamatan dalam talian mereka.
"Beberapa petua penting bagi mengekalkan keselamatan dalam talian termasuk mengemas kini semua perisian dan 'firmware' di peranti termasuk telefon bimbit, tablet dan penghala (router), rumah.
"Pengguna juga harus menukar kata laluan yang biasa dan menggunakan kata laluan yang kuat, serta jangan klik pada e-mel, mesej atau pautan yang kelihatan pelik," katanya dalam kenyataan.
Beliau turut menyarankan pengguna menggunakan pengesahan dua-faktor (2FA) sebagai langkah lanjut, untuk membuktikan identiti mereka di luar kata laluan atau token pengesahan sekali pakai, untuk mengakses akaun.
Pengguna juga dinasihatkan menggunakan penyelesaian antivirus yang kuat untuk peranti selain Rangkaian Peribadi Maya (VPN), untuk mengelakkan trafik data diintip atau diganggu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 25 2021

peningkatan jumlah mangsa jenayah siber seperti penipuan, penggodaman dan pencurian identiti, pada setiap hari. - Gambar hiasan
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Pengguna disaran teliti caj hospital swasta
Presiden CAKE berkata, pengguna perlu tahu hak mereka pada tiga peringkat, iaitu sebelum, semasa dan selepas menerima perkhidmatan hospital swasta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Waspada taktik penipuan guna teknologi AI
Perkembangan teknologi AI yang sangat drastik diambil kesempatan oleh 'scammer' atau penipu untuk mengaut keuntungan.

Pelarasan harga lantai belian padi langkah berani perkukuh ekonomi pesawah
Ia disifatkan satu langkah strategik yang boleh memperkukuh pendapatan pesawah, sekali gus memastikan keterjaminan makanan negara.

Sabah Electrity beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberikan rebat berjumlah RM10.2 juta kepada 687,031 pengguna elektrik yang berdaftar di Sabah dan Labuan tahun ini.

Subsidi diesel untuk feri, bot turut melegakan pengguna
Pemberian subsidi itu sekurang-kurangnya dapat mengelakkan para pengusaha feri dan bot daripada menaikkan harga tiket secara mendadak.

Pengguna Malaysia masih terdedah kepada ancaman siber - Kaspersky
Serangan siber itu amat membimbangkan ketika Malaysia terus melabur dengan banyak dalam infrastruktur pusat data.

Semua negara mesti bersatu atasi ancaman dalam talian berikutan penggunaan media sosial - Pakar
Pengguna daripada pelbagai segmen masyarakat sangat bergantung kepada media sosial untuk mendapatkan maklumat harian mereka.

Pengguna media sosial perlu hati-hati, kukuhkan tetapan sekuriti dan privasi - Pakar
Pengguna perlu ambil langkah kawalan seperti menggunakan verifikasi dua langkah, cap jari, pengecaman wajah serta nombor pas pengesahan transaksi (OTP).

Kaedah bayar tanpa tunai lebih mudah, pantas - Pengguna
Penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai selari dengan gaya hidup masa kini kerana ia mudah, selamat dan pantas digunakan dalam segala urusan harian termasuk perniagaan.