Sentiasa hormati agama lain - Ahmad Zahid

Noraida Abdul Kassim
September 25, 2015 23:49 MYT
Peranan masjid tidak sepatutnya terbatas sebagai tempat beribadah sahaja, sebaliknya, ia juga perlu dijadikan medium untuk menyebarkan syiar islam. - Gambar Fail
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan umat islam di negara ini agar sentiasa menghormati agama lain.
Jelasnya, dengan berbuat demikian, mereka akan dihormati oleh penganut agama berkenaan.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Islam tidak menghina atau mengabaikan agama lain dan sekali gus menjadi asas bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
Dalam pada itu katanya, peranan masjid tidak sepatutnya terbatas sebagai tempat beribadah sahaja, sebaliknya, ia juga perlu dijadikan medium untuk menyebarkan syiar islam.
Langkah itu ujar Ahmad Zahid, selari dengan perubahan masa yang menuntut fungsi masjid diperluaskan lagi. Beliau berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha di Masjid Al-Muttaqim di sini.
Ahmad Zahid turut menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama-sama masyarakat setempat.
#Ahmad Zahid Hamidi #Islam #korban
;