Seniman Wahid Satay meninggal dunia

Sinar Harian
Mei 22, 2023 11:38 MYT
Ketika hayatnya, Allahyarham Wahid telah membintangi puluhan filem seperti Pontianak pada tahun 1957, Serangan Orang Minyak (1958) dan Rasa Sayang Eh (1959).
PELAKON dan pelawak veteran terkenal, Wahid Satay, 93, meninggal dunia di kediamannya di Singapura, jam 8 pagi Isnin.
Berita pemergian tersebut dikongsikan oleh beberapa seniman lain di laman Facebook yang turut memaklumkan jenazah boleh dilawati buat kali terakhir di Teban Gardens Road, Teban View, Singapura.
Teman rapat Allahyarham iaitu Rusedah Tawahid berkata, keadaan kesihatan Allahyarham sebelum ini memang agak lemah disebabkan sakit tua.
“Saya mendapat perkhabaran arwah meninggalkan dunia di kediamannya di Eunos Crescent, pagi ini. Seperti yang diketahui, arwah memang uzur, keadaannya juga agak lemah akibat sakit tua,” katanya seperti dilaporkan media.
Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Pusara Aman sekitar jam 4 petang hari ini.
Ketika hayatnya, Allahyarham Wahid atau nama sebenarnya Abdul Wahid Haji Ahmad telah membintangi puluhan filem seperti Pontianak pada tahun 1957, Serangan Orang Minyak (1958), Rasa Sayang Eh (1959), Pak Pandir Moden (1960), Sri Mersing (1961), Badang (1962), Tiga Botak (1965) dan banyak lagi. - Sinarplus/Sinar Harian
#Singapura #Wahid Satay #Wahid Satay meninggal dunia #sakit tua
;