Senarai mangsa yang maut dalam nahas bas ekspres di Pagoh

Bernama
Disember 24, 2016 11:16 MYT
Senarai 14 mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 137.3, Lebuh Raya PLUS, arah utara, awal pagi tadi. - Gambar JBPM
Berikut merupakan senarai 14 mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 137.3, Lebuh Raya PLUS, arah utara, berhampiran kawasan rehat dan rawat Pagoh, dekat sini, awal pagi tadi.
Senarai itu disahkan oleh Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ASP Suhaimi Ahmad.
Menurut beliau, seramai 11 warga tempatan (lima lelaki, enam perempuan), dua wanita warga Singapura serta seorang lelaki lagi belum dikenal pasti, maut dalam nahas tersebut.
Berikut merupakan senarai tersebut:
1. Mohd Hisham Wahab (Malaysia)
2. Nor Saidatul Akmal Idris (Malaysia)
3. Norfazillah Abu Bakar (Malaysia)
4. Jasmine Kaur (Malaysia)
5. G. Pala (Malaysia)
6. V. Renugah (Malaysia)
7. Nur Amira Izzaty Mohd Razip (Malaysia)
8. Abdullah Hadi Yusof (Malaysia)
9. Wong Koh Chan (Malaysia)
10. Zakeer Zubir (Malaysia)
11. Nur Natasya Zahara Zakeer (Malaysia)
12. Au Poi Kiew (Singapura)
13. Hamimah Mamo (Singapura)
14. Lelaki (identiti tidak dikenali)
-- BERNAMA
#Hospital Pakar Sultanah Fatimah #kemalangan #Muar #nahas bas ekspres #ucapan takziah