Senarai mangsa cedera dalam kemalangan bas ekspres di Pagoh
Bernama
Disember 24, 2016 19:09 MYT
Disember 24, 2016 19:09 MYT
Berikut senarai mangsa yang cedera dalam kemalangan bas ekspres di Km137.3, Lebuh Raya PLUS, arah utara, berhampiran kawasan rehat dan rawat Pagoh, dekat sini, hari ini.
Berikut senarai mangsa:
1. Muhammmad Hilmi (Singapura)
2. Mustafa Yasin (Singapura)
3. Govinda Raj (Singapura)
4. Mohd Syed (Singapura)
5. Alifah Mohd Said (Singapura)
6. Muhammad Fitri (Singapura)
7. Muhamad Juhaify Zakaria (Malaysia)
8. Muhammad Syafiq (Malaysia)
9. Mohamed Taufik (Malaysia)
10. Cyril Joseph ((Malaysia)
11. R. Nagadevan (Malaysia)
12. Kesavan (Malaysia)
13. Muhammad Abdullah (Malaysia)
14. Zaw Oo (Myanmar)
15. Ralza Uk (Myanmar)
16. Wanita (identiti belum dikenal pasti).
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ASP Suhaimi Ahmad yang mengesahkan senarai mangsa tersebut berkata, kesemua mereka dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.
Sehingga kini, empat daripada 16 yang cedera telah dibenarkan keluar hospital iaitu Muhamad Juhaify, Muhammad Syafiq, Mohamed Taufiq dan Ralza Uk, katanya kepada pemberita di HPSF.
Dalam kemalangan kira-kira 3.25 pagi itu, sebanyak 14 orang terkorban terdiri daripada enam lelaki termasuk pemandu, tujuh wanita dan seorang kanak-kanak perempuan.
-- BERNAMA