Senarai calon pilihan raya MIC berubah

Astro Awani
Februari 12, 2013 19:50 MYT
Tidak ada pertukaran kerusi antara MIC dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) di Johor untuk pilihan raya umum ke 13.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam semasa mengulas hasil perjumpaan parti komponen BN bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Persada Johor.
Namun demikian, Subramaniam berkata bahawa terdapat sedikit perubahan dalam senarai calon yang dikemukakan kepada pucuk pimpinan.
Subramaniam, yang juga merupakan menteri sumber manusia, menjelaskan sokongan masyarakat India terhadap MIC semakin meningkat berbanding pilihan raya umum 2008.
MIC Johor menduduki satu kerusi Parlimen iaitu di Segamat dan empat kerusi Dewan Undangan negeri membabitkan Kluang, Bukit Gambir, Tenggaroh dan Permas Jaya.
#calon pilihan raya ke 13 #Datuk S. Subramaniam #Datuk Seri Najib Razak #MIC
;