Semua tapak binaan patuh SOP, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

Astro Awani
Mac 25, 2021 17:47 MYT
Ismail Sabri berkata, secara keseluruhannya, CIDB telah melakukan 16,348 pemeriksaan melibatkan 9,250 tapak binaan sejak 20 April 2020. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kesemua 26 tapak binaan yang diperiksa Anggota Penguat Kuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada Rabu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara keseluruhannya, CIDB telah melakukan 16,348 pemeriksaan melibatkan 9,250 tapak binaan sejak 20 April 2020.
Berikut lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri pada Khamis;
1) Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Lebak Moyoh dan Kampung Siasai Tamu, Kota Belud, Sabah bermula 26 Mac sehingga 8 April 2021.
2) Penamatan PKPD Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong Nabawan, Sabah pada 26 Mac 2021 seperti yang dijadualkan.
3) Seramai 41 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.
4) Operasi Benteng telah menangkap sembilan orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas dua buah kenderaan darat.
5) Seramai 2,890 warga asing telah menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu, lima orang didapati positif COVID-19.
#SOP #COVID-19 #PKPB #warga asing #PKPP #cidb
;