Semua tadika swasta berdaftar di bawah KPM boleh beroperasi selaras pengumuman PM - KPM

Bernama
September 19, 2021 14:05 MYT
Pengoperasian ini tertakluk kepada kapasiti bilik darjah dengan penjarakan fizikal yang ditetapkan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pengoperasian tadika mulai Jumaat lepas adalah termasuk semua tadika swasta, tadika di sekolah swasta, tadika di sekolah antarabangsa dan tadika di sekolah ekspatriat yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sepertimana diumum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Rabu lepas, KPM menjelaskan bahawa kelonggaran berkenaan merangkumi negeri dalam Fasa Satu dan Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta untuk murid berumur empat hingga enam tahun membabitkan ibu bapa atau penjaganya yang bekerja.
"Pengoperasian ini tertakluk kepada kapasiti bilik darjah dengan penjarakan fizikal yang ditetapkan," menurut KPM dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Ismail Sabri ketika mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard PPN untuk beberapa sektor turut memaklumkan bahawa tabika, taska, tadika, pusat jagaan harian serta pusat perkembangan minda dibenarkan beroperasi di negeri Fasa Satu dan Dua PPN.
-- BERNAMA
#tadika #swasta #Kementerian Pendidikan #SOP #COVID-19
;