BUTTERWORTH: Semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), akan beroperasi sepenuhnya menjelang Januari tahun depan.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ketika ini 10,301 kelas Tadika dan 544 kelas Taska itu, beroperasi mengikut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Semua institusi pendidikan awal kanak-kanak itu ketika ini beroperasi mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan ditetapkan, jadi ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak-anak, kerana KEMAS mengambil semua langkah yang sepatutnya bagi memastikan keselamatan kanak-kanak.
"Kami menjangkakan awal tahun depan semua tadika dan taska Kemas akan beroperasi sepenuhnya. Apapun, kita telah bersedia (jika operasi taska dan tabika Kemas dibuka sepenuhnya nanti). Guru-guru pun semua telah lengkap divaksin ketika ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni 4B Malaysia), di sini malam tadi.
Hadir sama Presiden Alumni 4B Malaysia Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad Al-Husaini, dan pada majlis itu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar yang turut hadir, menerima anugerah penghargaan khas di atas sumbangannya terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sebelum ini.
Sementara itu, Mahdzir berkata agensi atau jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ketika ini, bersedia memberi ruang untuk bekerjasama dengan mana-mana NGO termasuk Alumni 4B Malaysia, demi membangunkan negara dan kesejahteraan rakyat.
Katanya matlamat penting menerusi hasil kerjasama itu ialah untuk mencapai kejayaan untuk semua dan ia boleh dilakukan sama ada menerusi kajian, kerjasama keusahawanan atau sebarang program berkaitan demi kesejahteraan rakyat.
Menurutnya seperti Alumni 4B Malaysia merupakan antara NGO yang mempunyai keahlian yang ramai ketika ini, iaitu sehingga 75,000 ahli dan pertubuhan itu juga sentiasa aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan, pendidikan, kesukarelawanan dan sebagainya.
"Alumni 4B Malaysia ini adalah sebuah alumni NGO yang telah berada di 'ground'. Oleh itu, mereka boleh tengok macam mana nak bantu, contohnya mungkin mereka dapat salurkan maklumat dan berikan latihan atau khidmat kepada Keluarga Malaysia kita, dengan kerjasama daripada agensi serta jabatan dibawah KPLB," katanya.
Beliau berkata Alumni 4B Malaysia juga merupakan kesinambungan daripada Gerakan Belia 4B, dan ini akan memberi kelebihan kepada pertubuhan itu kerana mereka terdiri daripada dua generasi iaitu muda dan lebih dewasa.
"Saya berharap lebih banyak NGO seperti ini, akan bersama-sama kerajaan dan menyokong serta mendokong dasar selaras dengan mesej yang dibawa oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) iaitu untuk Keluarga Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 14 2021
![Semua tadika dan taska beroperasi sepenuhnya Januari depan Semua tadika dan taska beroperasi sepenuhnya Januari depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616842864_Taska.jpg)
Mahdzir berkata, pihaknya telah bersedia sekiranya operasi taska dan tabika Kemas dibuka sepenuhnya nanti. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pendidikan seksual kepada kanak-kanak perlu dilaksana dengan kaedah mudah difahami Pendidikan seksual kepada kanak-kanak perlu dilaksana dengan kaedah mudah difahami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716536644_ProfesorDatinDrMa.jpg)
Pendidikan seksual kepada kanak-kanak perlu dilaksana dengan kaedah mudah difahami
Kaedah pengajaran pendidikan seksual, terutamanya kepada kanak-kanak yang berusia antara lima hingga enam tahun perlu diterjemah dengan cara yang paling mudah difahami golongan itu.
![Bapa maut ketika hantar anak ke tadika Bapa maut ketika hantar anak ke tadika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698221163_tbBapamaut.jpg)
Bapa maut ketika hantar anak ke tadika
Seorang lelaki yang dalam perjalanan menghantar anak ke tadika maut apabila kereta dipandunya terbabas ke dalam gaung berhampiran di Jalan Barat, Felda Keratong 4, Muadzam Shah di sini.
![Polis tahan penganggur terlibat kes pecah tadika di Kulai Polis tahan penganggur terlibat kes pecah tadika di Kulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683345800_handcuff.jpg)
Polis tahan penganggur terlibat kes pecah tadika di Kulai
Seorang penganggur ditahan malam tadi selepas dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk sebuah tadika di Bandar Putra di sini pada Ogos tahun lepas.
![Tadika terbakar, 36 murid, guru sempat selamatkan diri Tadika terbakar, 36 murid, guru sempat selamatkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683239008_TadikaTerbakar.jpg)
Tadika terbakar, 36 murid, guru sempat selamatkan diri
Difahamkan kebakaran disedari di peringkat awal kira-kira pada jam 8.30 pagi sebelum guru dan murid-murid segera meninggalkan bangunan.
![Ibu bapa buat laporan polis terhadap tadika selepas insiden anak terjatuh ke dalam kolam renang Ibu bapa buat laporan polis terhadap tadika selepas insiden anak terjatuh ke dalam kolam renang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676391592_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Ibu bapa buat laporan polis terhadap tadika selepas insiden anak terjatuh ke dalam kolam renang
Ibu mangsa, D Nilaveni, berkata dia dan suami telah membuat laporan polis sehari selepas kejadian.
![Polis siasat dakwaan cubaan culik di tadika Bandar Baru Uda Polis siasat dakwaan cubaan culik di tadika Bandar Baru Uda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661774457_PDRM.jpg)
Polis siasat dakwaan cubaan culik di tadika Bandar Baru Uda
Polis menyiasat dakwaan tular cubaan culik seorang murid sekolah tadika di Bandar Baru Uda.
![Tadika musnah akibat serangan udara, tujuh terkorban Tadika musnah akibat serangan udara, tujuh terkorban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661555709_AirstrikehitsMeke.jpg)
Tadika musnah akibat serangan udara, tujuh terkorban
Tiga kanak-kanak antara yang maut namun jurucakap kerajaan persekutuan menafikan orang awam terbunuh dalam insiden itu.
![Pengetua taska, tadika perlu mahir dalam pendidikan awal kanak-kanak Pengetua taska, tadika perlu mahir dalam pendidikan awal kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658401035_DatinProfessorDr.jpg)
Pengetua taska, tadika perlu mahir dalam pendidikan awal kanak-kanak
angkah itu penting bagi memastikan mereka mampu melakukan sesuatu perkara yang bermakna untuk generasi akan datang.
![Tukang gunting ditahan, cuba culik wanita dan anak Tukang gunting ditahan, cuba culik wanita dan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642260483_WomenHancuffsGeneric.jpg)
Tukang gunting ditahan, cuba culik wanita dan anak
Polis menahan seorang tukang gunting rambut kerana dipercayai cuba menculik seorang kerani wanita dan anak lelakinya di hadapan sebuah tadika, semalam.
![Tutup taska, tadika biarpun hanya satu kes HFMD - Dr Izani Tutup taska, tadika biarpun hanya satu kes HFMD - Dr Izani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61622131621_DrIzaniHusin.jpg)
Tutup taska, tadika biarpun hanya satu kes HFMD - Dr Izani
Tindakan itu sebagai langkah awal bagi mengelak wabak berkenaan daripada terus merebak sekiranya ia tidak dibendung terlebih awal.