Semua sekolah di Pasir Gudang diarah tutup serta-merta - Maszlee

Astro Awani
Mac 13, 2019 22:43 MYT
Seorang pelajar dibawa menaiki ambulans untuk ke hospital selepas mendapatkan rawatan awal di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih, Pasir Gudang hari ini. Foto BERNAMA
Kesemua 111 buah sekolah di daerah Pasir Gudang telah diarah ditutup serta-merta, susulan kes pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim yang kini berada pada tahap yang semakin kritikal.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut Dr Maszlee, guru-guru dan kakitangan sekolah juga tidak perlu hadir bertugas sehingga kembali pulih.
Kementerian Pendidikan, sebelum ini memaklumkan penutupan sebanyak 43 sekolah setakat 7 petang tadi.
#Dr Maszlee Malik #Kementerian Pendidikan #Menteri Pendidikan #sekolah di daerah Pasir Gudang tutup #Sungai Kim Kim
;