Semua pintu sempadan di Sarawak ditutup serta-merta
Syafik Shukri Jalil
Mac 21, 2020 12:42 MYT
Mac 21, 2020 12:42 MYT
Kerajaan Sarawak mengambil tindakan drastik dengan menutup semua pintu sempadan negeri itu berkuat kuasa serta-merta.
Perkara itu dinyatakan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selepas selesai mengadakan mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negeri Sarawak pada Sabtu.
Bagaimanapun, hanya Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) antara Sarawak dan Brunei iaitu Sungai Tujuh, Tedungan, Pandaruan dan Mengkalap akan dibuka dari jam 6 pagi hingga 8 malam.
"Manakala CIQ antara Sarawak dan Kalimantan iaitu Tebedu, Biawak dan Lubok Antu akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 3 petang," katanya.
Dalam sidang media itu, Abang Johari menegaskan bahawa keputusan itu turut dipersetujui Brunei Darussalam dan Kalimantan, Indonesia.
#CIQ
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#Majlis Keselamatan Negeri Sarawak
#Sarawak
#sempadan
#sempadan ditutup