Semua pihak perlu beri sokongan kepada SPRM

Astro Awani
Januari 28, 2021 20:43 MYT
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, orang awam juga selepas ini perlu lebih berani melaporkan setiap kes rasuah yang dikesan.
KUALA LUMPUR: Semua pihak baik kerajaan dan rakyat perlu memberikan sokongan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memastikan rasuah dapat dibanteras sepenuhnya.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, orang awam juga selepas ini perlu lebih berani melaporkan setiap kes rasuah yang dikesan.
“Ketelusan juga perlu dan ia datang dari kerajaan sendiri sebab banyak lagi isu yang perlu diberitahu, contohnya projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dengan Singapura, projek ini dibatalkan. Berapa pampasan perlu dibayar kepada Singapura?
Indeks Rasuah | Kerajaan, SPRM gagal kawal rasuah
“Kenyataan dikeluarkan ada klausa rahsia dalam perjanjian, memang kita faham isu klausa tapi dalam isu ini, pampasan ini adalah duit dari pembayar cukai jadi rakyat ada hak untuk tahu,” katanya ketika bersiaran secara langsung dalam Agenda AWANI pada Khamis.
BACA: Singapura lebih tegas banteras rasuah berbanding Malaysia
Tambahnya, jika semua perincian dalam perkara tersebut dikemas kini kepada rakyat, skor CPI negara pasti akan meningkat kerana adanya ketelusan dalam perkongsian maklumat.
Dalam pada itu, beliau berkata, kedudukan Malaysia merosot dalam CPI pada tahun 2020 kerana kerajaan sekarang tidak begitu tegas membanteras berbanding yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
BACA: Skor Indeks Persepsi Rasuah Malaysia jatuh, ini puncanya
Menurutnya, ia diburukkan lagi dengan beberapa kes berprofil tinggi yang dilepas tanpa dibebaskan.
“Pada 2019, satu sebab mata Malaysia dan ranking naik 10 anak tangga, punca kerajaan pada waktu itu ambil tindakan tegas dan nampak wujud agenda untuk perangi rasuah dan kes profil tinggi, dituduh dan dibawa ke mahkamah.
BACA: Indeks rasuah negara turun: Ini antara kes rasuah di Malaysia pada tahun 2020
“Itu salah satu sebab kita capai kejayaan pada 2019 tapi pada 2020, bila rejim bertukar, pendapat mereka yang ditemu duga, peniaga dan pakar, mereka tidak yakin adakah kerajaan sekarang teruskan agenda kerajaan sebelum ini.
“Ia terutama apabila beberapa kes profil tinggi diberikan keputusan dilepaskan tanpa dibebaskan,” ujarnya.
#Rasuah #CPI #indeks rasuah #Persepsi Rasuah #TI-M #SPRM #Singapura #mahkamah #kerajaan #presiden #rakyat #Pakatan Harapan #PH
;