Semua pengguna Google akan layak menerima laporan web gelap
Amanz
Julai 10, 2024 14:20 MYT
Julai 10, 2024 14:20 MYT
SEJAK tahun lepas, pelanggan Google One di negara terpilih telah menerima akses VPN khas dari Google.
Selain itu, mereka turut menerima laporan web gelap yang Google imbas dan semak sama ada data peribadi mereka tertiris ataupun tidak.
Google baru-baru ini menyatakan laporan web gelap tidak lagi terhad kepada pelanggan Google One tetapi kepada semua pengguna Google.
Laporan web gelap Google ini menyemak nama, alamat, nombor telefon dan emel pengguna yang mungkin telah tertiris.
Google kemudian akan memaklumkan kepada pengguna sama ada melalui emel atau pengguna boleh semak sendiri di laman Results about you.
Menurut Google ciri ini adalah untuk pengguna memahami ancaman siber serta untuk melindungi pengguna ketika aktif di dalam talian.
Buat masa ini ciri Results about you dan juga Dark web report hanya ditawarkan kepada 46 negara seperti Indonesia, Korea Selatan, Taiwan, Sepanyol dan lain-lain bermula hujung Julai.
Google tidak menyatakan sama ada adakah ciri ini akan dikembangkan ke negara lain atau sebab kenapa ia hanya terhad di negara terpilih.
Pada hemat saya ini adalah ciri tambahan baik bersama dengan Safety Check yang terbina pada Chrome. Apa kata anda? -Amanz