Semua panggung wayang GSC, TGV ditutup sementara mulai 2 November

Hilmi Malik
Oktober 30, 2020 13:40 MYT
Semua panggung wayang yang dikendali dua syarikat itu ditutup mulai 2 November. - Gambar hiasan/gsc.com.my
KUALA LUMPUR: Kesemua panggung wayang GSC Cinemas dan TGV Cinemas akan ditutup sementara berkuat kuasa bermula 2 November sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.
Penututupan tersebut merupakan langkah bagi mengawal penularan pandemik COVID-19 yang kelihatan kembali memuncak sejak kebelakangan ini.
Maklumat tersebut diperoleh menerusi satu kenyataan yang dimuat naik kedua-dua syarikat pawagam itu menerusi ciapan mereka di Twitter.
“Tindakan ini selari dengan kehendak industri dalam memastikan setiap pawagam bebas daripada jangkitan COVID-19.
“Tindakan ini cuma sementara dan kita akan ikuti perkembangan semasa COVID-19 sebelum pengumuman untuk membuka semula pawagam dibuat,” menurut kenyataan tersebut.

Hi everything. This is an important announcement.#GSCLoveYou3000 #StaySafe pic.twitter.com/Fz522xINvk

— GSC (@GSCinemas) October 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, langkah sama diambil ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana kesemua panggung wayang telah diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga.
Penutupan ini merupakan kali kedua dilaksanakan selepas PKP apabila melihat kepada situasi semasa COVID-19 di negara.

It is with a heavy heart that we announce the temporary closure of all cinemas nationwide on 2nd November 2020. It is a hard truth for all of us to accept, but we believe that we can brave this storm together.#SupportCinemas #SeeYouSoonTGV pic.twitter.com/xSqeeqekdb

— TGV Cinemas (@TGVCinemas) October 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #PKPB #panggung wayang #GSC #tgv #SOP
;