Semua operasi dipindahkan ke Terminal 1 KKIA pada 1 Dis

Bernama
November 7, 2015 10:31 MYT
Terminal 1 KKIA bernilai RM1.7 bilion dan boleh memuatkan sehingga sembilan juta penumpang setahun itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 Sept lepas. -Gambar fail
Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) mengumumkan semua operasi di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) akan dipindahkan ke Terminal 1 berkuat kuasa 1 Dis.
Pengumuman itu dimuatnaik MAHB menerusi laman Twitter @MY_Airports.
"Malaysia Airports inginkan anda menikmati pengalaman menarik di lapangan terbang kami. Justeru, dimaklumkan bahawa semua operasi di Terminal 2 KKIA akan dipindahkan ke Terminal 1 KKIA berkuat kuasa 1 Dis," demikian kenyataan itu.

Latest news: All operations at Terminal 2, KKIA will be transferred to Terminal 1, KKIA effective 1 Dec 2015. #bki pic.twitter.com/laPaK91imA

— Malaysia Airports (@MY_Airports) November 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengurus Kanan Lapangan Terbang KKIA, Sunif Naiman ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara tersebut.
Terminal 1 KKIA bernilai RM1.7 bilion dan boleh memuatkan sehingga sembilan juta penumpang setahun itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 Sept lepas.
Najib berkata adalah wajar keseluruhan operasi KKIA disepadukan di Terminal 1 untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan penerbangan lebih efisien bagi terus memacu industri pelancongan di Sabah.
#KKIA #Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu #MAHB #sunif naiman