Semua kerja pembinaan dihentikan di kawasan PKPD di KL dan Selangor - Fadillah

Astro Awani
Julai 3, 2021 14:30 MYT
Semua kerja pembinaan dan berkaitan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di KL dan Selangor perlu dihentikan selaras dengan pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semua kerja pembinaan dan berkaitan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur perlu dihentikan selaras dengan pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, surat kebenaran MITI yang telah diterima tidak boleh digunakan untuk meneruskan kerja pembinaan sepanjang tempoh PKPD.
"Namun,pengecualian diberikan kepada kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan pendawaian yang bersifat kritikal dibenarkan berdasarkan janji temu.
"Bagi menjalankan kerja-kerja di atas, pihak yang terlibat boleh mendapatkan kebenaran dari balai polis terdekat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Justeru, Kementerian Kerja Raya menggesa semua penggiat industri pembinaan mematuhi arahan semasa dan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan penurunan kes COVID-19 di kawasan yang terlibat.

Kenyataan Media Kementerian Kerja Raya SEMUA KERJA PEMBINAAN DIHENTIKAN DI KAWASAN PKPD#KerajaanPrihatin#MenangBersama pic.twitter.com/l0KklLwVd8

— KKR Malaysia (@MOWorks) July 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Fadillah Yusof #Twitter #MITI #SOP #Malaysia #COVID-19 #perintah kawalan pergerakan #PKPD #Majlis Keselamatan Negara #surat kebenaran #MKN
;