Semua kakitangan Petronas di Sudan Selatan selamat
Bernama
Disember 21, 2013 14:22 MYT
Disember 21, 2013 14:22 MYT
Semua kakitangan Petronas warga Malaysia di Selatan Sudan berada dalam keadaan selamat dan dapat dikesan, kata Petroliam Nasional Berhad.
"Mereka dinasihati supaya sentiasa berhati-hati, termasuk mematuhi arahan perintah berkurung yang dikuatkuasakan Kerajaan Selatan Sudan," menurut kenyataan Petronas di sini hari ini.
Kenyataan itu menyebut Petronas memantau rapi perkembangan dan mengambil langkah perlu bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan para petugasnya.
"Petronas, bagaimanapun, dukacita apabila mendapat tahu beberapa pekerja pelantar minyak anak tempatan Selatan Sudan yang digaji oleh dua syarikat operasi usahasama (JOC) di Selatan Sudan yang ada kepentingan Petronas, terkorban dan mengalami kecederaan," jelas kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut pengurusan dua JOC terbabit telah memulakan pemindahan secara teratur baki pekerjanya dari pelantar minyak itu.