"Semua bidang pengajian masih relevan, tapi..."

Shafizan Johari
November 20, 2017 16:35 MYT
McAfee berkata kursus pengajian tidak pernah lapuk tetapi cara pengajarannya sudah tidak sesuai dengan zaman.
Tiada bidang ilmu yang sudah lapuk, tetapi cara pengajarannya mungkin sudah tidak lagi berkesan, kata pakar ekonomi digital.
Pengasas bersama Inisiatif Ekonomi Digital Massachusetts Institute of Technology, Andrew McAfee berkata cara pengajian di universiti yang melibatkan sesi kuliah panjang sudah lapuk.
"Kursus pengajian tidak pernah lapuk tetapi cara mengajarannya sudah tidak sesuai dengan peredaran zaman. Cara pembelajaran yang memerlukan kita untuk berada di dewan kuliah sambil menyalin nota daripada papan hitam, pada pendapat saya, sudah jadi satu bahan jenaka," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada Persidangan Shape Malaysia’s Future Work di ibu negara.
Beliau mengambil contoh kajian terhadap sekumpulan pelajar di Amerika Syarikat yang mendedahkan pada kebiasaanya otak manusia sentiasa aktif, termasuk ketika tidur.
Bagaimanapun, aktiviti otak turun mendadak ketika menghadiri kuliah.
September lalu, Menteri Pengajian Tingggi Datuk Seri Idris Jusoh menyatakan pihaknya akan mengganti atau menggabungkan kursus pengajian yang sudah tidak relevan di institusi pengajian tinggi.
Pada masa sama beliau memaklumkan akan memperkenalkan kursus baru selaras dengan Revolusi Industri 4.0.
#Amerika Syarikat #digital ekonomi #ekonomi #Idris Jusoh #industrial revolution 4 0 #Massachusetts Institute of Technology #MIT #Pekerja #pekerjaan #Revolusi Perindustrian 4 0 #technology #UiTM #UM #universiti
;