Semua Ahli Parlimen dibenar ikuti sesi Belanjawan 2021
Astro Awani
November 6, 2020 16:18 MYT
November 6, 2020 16:18 MYT
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat ditangguhkan sementara selepas Yang Di-Pertua membenarkan semua Ahli Parlimen untuk mengikuti sesi pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021).
Sebelum ini, pembentangan Belanjawan 2021 hanya membenarkan 80 Ahli Parlimen sahaja dalam Dewan Rakyat bagi mengekang penularan COVID-19.
Kehadiran itu membabitkan 41 Ahli Parlimen kerajaan dan 39 pembangkang termasuk Bebas dengan penentuan wakil rakyat yang dibenarkan berada dalam Dewan Rakyat ditetapkan oleh parti masing-masing.