Semua acara sempena Hari Keputeraan Agong ditangguhkan
Astro Awani
Mei 28, 2021 15:03 MYT
Mei 28, 2021 15:03 MYT
KUALA LUMPUR: Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada bulan depan ditangguhkan.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan peningkatan ketara kes harian dan kematian COVID-19 dalam negara.
"Penangguhan ini adalah atas titah perkenan Seri Paduka Baginda setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan umum serta untuk melindungi nyawa rakyat demi mengelakkan krisis kesihatan yang lebih buruk.
"Perkenan ini juga sebagai langkah perlindungan kerana negara masih lagi menghadapi dan memerangi penularan wabak COVID-19," kata beliau dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mengulas lanjut, beliau berkata kesemua acara ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Ini merupakan kali kedua semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri paduka Baginda ditangguhkan, juga disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, tarikh 7 Jun telah ditetap dan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am atau cuti sempena sambutan tersebut.
#Yang di-Pertuan Agong
#COVID-19
#pandemik
#Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah Ri yatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Al-Sultan Abdullah
#Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin
#cuti umum
#cuti Hari Keputeraan YDP Agong