Semua acara sambutan Hari Keputeraan Yang Di-pertuan Agong ditangguhkan
Farhana Joni
Mei 22, 2020 15:40 MYT
Mei 22, 2020 15:40 MYT
Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada Jun ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, penangguhan itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini.
Menurut beliau, langkah yang sama diambil bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
"Kesemua acara tersebut yang dijadualkan pada 3 hingga 11 Jun ditangguhkan atas faktor keselamatan dan kesihatan umum kerana Malaysia masih lagi menghadapi dan memerangi ancaman penularan wabak COVID-19," katanya dalam kenyataan, di sini pada Jumaat.
Tambah beliau, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun ini iaitu pada 8 Jun 2020 telah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am.
"Perkara itu seperti mana yang telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Zuki Ali pada 4 Mac lalu," katanya.
#COVID-19
#Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin
#Datuk Pengelola Bijaya Diraja
#Datuk Seri Zuki Ali
#ketua setiausaha negara
#PKPB
#Ulang Tahun Keputeraan Rasmi
#Yang di-Pertuan Agong