Sempena Hari Hidrasi Sedunia, 100PLUS ajak orang ramai kekal hidrat dan aktif
Eton Khir
Jun 27, 2022 20:50 MYT
Jun 27, 2022 20:50 MYT
KUALA LUMPUR: Komited mengajak orang ramai kekal hidrat, minuman isotonik 100PLUS menganjurkan karnival ‘Hari Hidrasi Sedunia 100PLUS’ bermula 23 hingga 26 Jun lepas di Pavilion Kuala Lumpur.
Karnival empat hari itu berjaya menarik sehingga 100,000 rakyat Malaysia untuk mereka kekal hidrat dalam gaya hidup aktif.
Pengurus Kanan Pemasaran, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Leong Wai Yin berkata, hidrasi berperanan penting meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda individu.
Jelasnya, minuman 100PLUS yang mengandungi campuran elektrolik itu juga membantu dalam memberi penghidratan optimum.
“100PLUS sebagai rakan hidrasi nombor satu di Malaysia, kami komited dalam membantu rakyat Malaysia terus mengamalkan gaya hidup yang aktif, kekal hidrat, bertenaga, sentiasa fokus supaya mereka dapat memberikan 100 peratus dalam apa sahaja minat mahupun bidang yang diceburi. Jom 100, Jom Hidrat, Jom Fokus,” katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Pembukaan sambutan karnival tersebut disempurnakan dengan kehadiran duta 100PLUS, wira negara, Datuk Lee Chong Wei.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang bertemu selebriti, penyampai radio Era dan duta 100PLUS, Syafiq Kyle dalam sesi bersama peminat untuk meningkatkan kesedaran kepentingan hidrasi kepada orang awam.
Menariknya lagi, permainan interaktif turut dapat dinikmati pengunjung menerusi telefon bimbit yang dihubungkan dengan papan iklan digital 3D.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar