Sempena cuti umum, Tun M bawa isteri makan angin naik MRT

Astro Awani
September 4, 2017 20:00 MYT
Tun Mahathir juga dilihat merakam gambar kenangan ketika menaiki MRT Laluan Sungai Buloh Kajang dengan kapsyen 'Bersama Isteri Tersayang Menaiki MRT SBK'. - Foto Facebook
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dilihat tidak melepaskan peluang mencuba kemudahan awam terbaharu, Transit Aliran Massa (MRT) pada musim cuti sambutan Hari Raya Aidiladha dan cuti peristiwa khas sempena kejayaan Malaysia di Sukan SEA ke-29, baru-baru ini.
Tun Mahathir sempat merakam gambar kenangan ketika menaiki MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) bersama kapsyen 'Bersama Isteri Tersayang Menaiki MRT SBK' di laman Facebook peribadinya hari ini.
Pengguna media sosial turut memuji pasangan berprofil tinggi tersebut dan menganggap mereka sebagai idola dan wajar dijadikan contoh kerana turut sama menghargai kemudahan infrasturktur yang sedia ada.
BACA: Cucu dedah wajah individu di 'wallpaper' telefon Tun Mahathir
Setakat ini, muat naik tersebut sudang diulang kicau sebanyak 9,538 kali dan lebih 12,000 'like'.

Bersama isteri tersayang naik MRT Sg. Buloh-Kajang hari ini. pic.twitter.com/nCA1CfrKPu

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) September 4, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam satu imej lain, Tun Mahathir kelihatan mengambil gambar penumpang yang bersama-sama beliau menaiki MRT.
Seorang pengguna media sosial, Martin Lim berkata, jasa Dr Mahathir sememangnya dikenang dan turut mendoakan agar pasangan tersebut dikurniakan kesihatan yang baik.
Mohamed Nizam Mohamad Mokhtar berkata, "you built the foundation for what Malaysia it is today. A solid and lasting foundation that is felt by everybody today young and old, that cannot be undone by ANYONE. A very big Thank you!
Seorang lagi pengguna Facebook bernama Rose Niza Latiff berkata, "kalau saya ada dalam tu, saya akan selfie dgn Tun dan perkenalkan pada anak2 saya. Anak sulung saya pernah bersalaman dgn Tun, dia punya teruja cerita... dia bangga dapat jumpa walau sekejap, tupun baru berumur 14 tahun. Kenapa dia kenal dgn Tun,sbb kami selalu menceritakan siapakah tun di mata kami."
#Facebook #Mahathir Mohamad #MRT #MRT laluan Sungai Buloh-Kajang #Siti Hasmah Mohd Ali #Sukan SEA ke-29
;