Sempadan Malaysia-Thailand terlalu 'terbuka' - Ahmad Zahid

Israr Khalid
Jun 4, 2015 06:43 MYT
Ahmad Zahid (tengah) bersama-sama dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kiri) danTimbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim (kanan) di sidang media di Putrajaya, hari ini.- Gambar Astro AWANI/Israr Khali
Tembok di sempadan Malaysia-Thailand wajib dibina bagi memperketat kawalan keselamatan dan penguatkuasaan di sepanjang kawasan itu, tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut beliau, ketika ini sempadan Malaysia-Thailand terlalu terbuka dan ini memudahkan pergerakan keluar masuk manusia secara tidak langsung dan menggalakkan sindiket penyeludupan manusia, dadah, senjata api dan barangan bersubsidi.
Ahmad Zahid mengambil contoh tembok sempadan Amerika Syarikat-Mexico yang berjaya mengurangkan aktiviti pencerobohan sempadan walaupun ia tidak dapat dihalang sepenuhnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, pada Khamis.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya tiada masalah menyambut baik cadangan Menteri Dalam Negeri itu.
#Ahmad Zahid Hamidi #Malaysia-Thailand.Amerika Syarikat-Mexico