'Semoga cepat sembuh, Najib' - Lee Hsien Loong
Astro Awani
Januari 9, 2016 07:29 MYT
Januari 9, 2016 07:29 MYT
Berita tentang pembedahan kecil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut mendapat perhatian pemimpin negara jiran.
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menerusi Twitter Sabtu turut mengucapkan agar Najib cepat sembuh.
Najib pada Sabtu selamat menjalani pembedahan kecil untuk membuang ketumbuhan benigna pada tangan kanannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Kenyataan HKL menyebut Najib menjalani pembedahan itu sebagai pesakit luar, dan Perdana Menteri telahpun pulang ke kediamannya untuk berehat.