Sembilan termasuk empat anggota polis ditahan terlibat sindiket dadah

Fareez Azman
November 26, 2018 13:48 MYT
Peralatan yang digunakan sindiket terbabit untuk memproses dadah.
Sembilan ditahan termasuk empat anggota polis kerana terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di kawasan perindustrian Semenyih, Rabu lalu.
Ia susulan serbuan yang dilakukan pada jam 5 pagi, Rabu lalu ke sebuah gudang dua tingkat di kawasan itu yang dijadikan makmal dadah haram mega.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pemeriksaan di gudang dua tingkat itu, pihak polis berjaya merampas 174 kilogram cecair dipercayai boleh menghasilkan 70 kilogram syabu, satu kilogram syabu serta mesin yang digunakan untuk memproses dadah.
"Dua buah kereta dan sebuah lori, wang tunai serta wang di dalam akaun bank dirampas dengan kesemua rampasan bernilai lebih RM456,000.
Kesemua suspek yang ditahan direman selama tujuh hari sehingga 29 November depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.
#Dadah #gudang #Ketua Polis Selangor #Makmal #Mazlan Mansor #proses dadah
;