Seramai sembilan wanita warga asing mendakwa diri mereka didera majikan selain dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia hasil serbuan Jabatan Imigresen Melaka di sebuah restoran di Bandar Hilir.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Negeri, Mohammad Azlan Jawawi, pihaknya bertindak menyerbu premis terbabit setelah menerima beberapa aduan.
“Kes ini disiasat di bawah Akta Anti Pemerdaganan Orang kerana disyaki terdapat unsur-unsur berikut dalam masa yang sama menyelamatkan mangsa yang mengadu diri mereka sering dipukul”, kata Azlan.
Kesemua mangsa berusia diantara 22 hingga 21 tahun membabitkan tujuh warga Indonesia dan dua warga Myanmar.
Menurut salah seorang pebantu premis berkenaan, Evana, sepanjang bekerja bersama majikan selama sembilan bulan, saya sudah dipukul sebanyak lapan kali di bahagian muka dan kepala.
“Sudah beberapa kali saya dipukul dengan kuat hingga meyebabkan hidung saya keluar darah” kata Evana.
Tambahnya, mereka turut dipaksa memasak daging babi walaupun majikan mengetahui mereka beragama Islam.
“Kami terpaksa menuruti kehendak majikan bagi mengelakkan diri daripada dipukul oleh majikan”, katanya dengan nada yang sedih.
Mangsa juga mendakwa tidak mengetahui jumlah gaji yang sepatutnya diterima berikutan majikan sering bertindak memotong gaji tanpa makluman dengan sesuka hati.
“Sebelum ini kesemua mereka dijanjikan pendapatan sebanyak RM900 sebulan namun sepanjang bertugas di premis itu, jarang sekali mereka memperoleh gaji penuh”, kata Evana penuh kecewa.
Azlan berkata, kesemua pekerja itu didapati tidak melakukan sebarang kesalahan kerana pihaknya mendapati masing-masing mempunyai permit dan dokumen yang sah.
Astro Awani
Sat Mar 16 2013
Bincang pelantikan Pengerusi SPA, SPR dan Profesor Diraja
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara lain yang turut dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah cadangan dasar baharu pindaan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan berhubung perkara kewarganegaraan.
Ursula Von Der Leyen kekal sebagai Presiden Suruhanjaya EU
Ursula Von Der Leyen sekali lagi menjamin kedudukannya sebagai Presiden Suruhanjaya Eropah (EU) untuk tempoh lima tahun lagi. Von Der Leyen dari Parti Berhaluan Kanan Parti Rakyat Eropah itu memenangi 401 undi pada sesi undian tertutup yang diadakan di Strasbourg, Perancis,.
Rakyat Amerika dipenjara 13 tahun seludup dadah skala besar
Michael Travis, seorang lelaki warga Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara 13 tahun oleh mahkamah Rusia pada Khamis selepas didapati bersalah menyeludup dadah. Perkara itu seperti yang disahkan mahkamah dalam kenyataan melibatkan lelaki yang juga seorang ahli muzik dan bekas tentera warga Amerika itu yang mana dia dipercayai menjual dadah dalam kuantiti yang banyak.
Dua bas bawa 15 pelancong tergelincir
15 pelancong dari China manakala dua daripada mereka cedera parah dalam kemalangan yang melibatkan dua buah bas dikhawtiri akibat keadaan cuaca berbahaya di Pulau Selatan, New Zealand, pada Khamis.
Suspek insiden tembakan adalah warganegara Oman
Tiga pelaku yang terlibat dalam insiden tembakan berhampiran sebuah masjid di ibu kota Oman, Muscat adalah warganegara Oman.
Mohd Azmawi janji galas amanah, akui berdepan cabaran
Calon berusia 38 tahun itu berjanji akan menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan parti dengan sebaik mungkin.
#AgongKita: Alunan syahdu Surah Yasin, doa selamat buka tirai Istiadat Pertabalan
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 membuka tirainya pada Khamis dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara pada Khamis.
Ketibaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada jam 5.18 petang itu terus menangkap lensa kamera yang mana Sultan Ibrahim dilihat memilih mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga berwarna hijau terang.
Ketibaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada jam 5.18 petang itu terus menangkap lensa kamera yang mana Sultan Ibrahim dilihat memilih mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga berwarna hijau terang.
Cadangan pindaan sudah dibentang kepada Majlis Raja-Raja
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan pada Majlis Raja-Raja pada Khamis, dan menerima maklumbalas positif mengenainya.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata, masih ada perkara yang perlu diperhalusi dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebelum ia melalui bacaan buat kali kedua di Dewan Rakyat.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata, masih ada perkara yang perlu diperhalusi dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebelum ia melalui bacaan buat kali kedua di Dewan Rakyat.
Polis jumpa beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini
Beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah ditemukan dalam operasi pencarian bahan bukti yang dijalankan di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak, pada Rabu.
Skandal HRD corp: Shahul Hameed ambil cuti panjang, beri ruang pada siasatan
Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) Datuk Shahul Hameed Dawood menawarkan diri mengambil cuti untuk memberi ruang kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
![Kanak-kanak lelaki lima tahun mati dipercayai akibat didera Kanak-kanak lelaki lima tahun mati dipercayai akibat didera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41521014563_kidsabuse.jpg)
Kanak-kanak lelaki lima tahun mati dipercayai akibat didera
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, tengah malam semalam dipercayai akibat didera ayah kandung dan ibu tirinya.
![Kanak-kanak 2 tahun meninggal dunia dipercayai didera Kanak-kanak 2 tahun meninggal dunia dipercayai didera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/61355786393_295x200.jpg)
Kanak-kanak 2 tahun meninggal dunia dipercayai didera
Mangsa, Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar meninggal dunia pada tiga setengah petang Isnin semasa mendapat rawatan di sebuah klinik.