Kualiti udara di selurh negara mencatatkan penurunan setakat jam 4 petang hari. Bandar Sibu mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi dengan bacaan155.

Kenyataan Jabatan Alam Sekitar menerusi laman sesawangnya menyenaraikan beberapa kawasan di Kuala Lumpur dengan bacaan tidak sihat termasuk di Batu Muda (134) dan Cheras (123). Di bandar Wilayah Persekutuan Putrajaya bacaan dicatatkan ialah 120.

Di Selangor, Banting mencatatkan bacaan 124, Pelabuhan Kelang (113) dan Petaling Jaya (105). Di Samarahan, bacaannya yang dicatatkan ialah 114 dan Sri Aman (107).

Kawasan lain mencatat bacaan baik dan sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik; 51 hingga 100 (sederhana); 101 hingga 200 (tidak sihat); 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.