Sembilan kluster baharu libatkan komuniti dan tempat kerja direkodkan di Sarawak
Fadilah Sulaiman
Julai 30, 2021 20:00 MYT
Julai 30, 2021 20:00 MYT
KUCHING: Sembilan kluster baharu melibatkan kluster komuniti dan tempat kerja diisytihar di Sarawak hari ini yang mana empat daripadanya dikesan di daerah Serian.
Tiga kluster komuniti di daerah itu adalah Kluster Kampung Paon Rimu, Serian dengan 21 kes positif, Kluster Kerina, Serian dengan 15 kes positif dan Kluster Kampung Sungai Duuh, Serian dengan 28 kes positif.
Manakala Kluster Melikin, Serian dengan 46 kes positif merupakan kluster dari tempat kerja.
Selain itu, di daerah Bau, Kluster Bunga Rampai melibatkan empat buah keluarga dan mengesan 35 kes positif dalam kluster komuniti tersebut.
Di daerah Tatau pula terdapat dua kluster dikesan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Kluster Sungai Sangan melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang dengan tujuh kes positif dan Kluster Kinda KM18 melibatkan sebuah kilang dengan 10 kes positif yang terletak di Kemena Land District (KINDA), Tanjung Kidurong di Bintulu.
Dua lagi kluster komuniti adalah Kluster Peligong, Saratok dan Kluster Tanjung Tuang, Samarahan masing-masing merekodkan 27 dan 84 kes positif yang juga sedang dilaksanakan PKPD.
Sementara itu, Sarawak hari ini merekodkan 450 kes positif COVID-19 baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 76,243 kes.