Sembilan individu ditahan di Tuaran edar risalah menghasut
Bernama
Februari 2, 2015 08:03 MYT
Februari 2, 2015 08:03 MYT
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Sabah menahan sembilan individu di Tuaran hari ini kerana dipercayai mengedar risalah menghasut orang ramai mengeluarkan Sabah dari Malaysia.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian dalam akaun Twitter beliau malam ini.
"Syabas @PDRMsia Sabah tangkap 9 org di Tuaran tadi yg sdg edar risalah m'hasut org ramai utk keluar kan Sabah dr Malaysia. WELLDONE Boys," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu apabila dihubungi Bernama malam ini.
Difahamkan, Pesuruhjaya Polis Sabah akan mengadakan sidang media berkaitan isu itu dalam masa terdekat.