Sembilan cedera nahas tiga kenderaan

Sinar Harian
Mac 11, 2023 17:40 MYT
Keadaan salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. -Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Sembilan cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Lebuh Raya Kempas Baru menghala ke Johor Baharu sekitar jam 11.44 pagi Sabtu.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Wan Nor Affendi Wan Yusof berkata, kejadian berhampiran Setia Tropika itu melibatkan kenderaan jenis Perodua Alza, Honda Accord dan Toyota Vios.
Menurutnya, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas serta tujuh anggota Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Tebrau ke lokasi setelah menerima panggilan berhubung kemalangan tersebut.
“Setibanya di lokasi didapati tidak ada mangsa tersepit namun salah seorang daripadanya tercampak keluar dari kenderaan Perodua Alza yang dinaiki.
“PKO membuat kerja-kerja penyelamatan di lokasi kejadian bagi memastikan kesemua mangsa dapat diselamatkan,” katanya.
"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan lanjut dan operasi ditamatkan sekitar jam 12.58 tengah hari,” katanya. -Sinar Harian
#nahas tiga kenderaan #Lebuh Raya Kempas Baru #BBP kempas #Hospital Sultan Ismail
;