Semak Fakta: Tiada kes kematian akibat COVID-19 dicatatkan di Malaysia

Farhana Joni
Mac 16, 2020 11:29 MYT
Tangkapan skrin status Facebook seorang individu mengenai laporan palsu kematian pertama akibat COVID-19.
Walaupun telah dinasihatkan berkali-kali oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar orang ramai tidak menyebarkan berita palsu mengenai novel koronavirus (COVID-19), namun masih terdapat sebilangan individu yang masih degil cuba mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.
Menggunakan nama Mavis JX di akaun media sosial Facebook, individu berkenaan menulis status terdapat kematian pertama rakyat Malaysia akibat COVID-19 di Johor.
"Kematian pertama rakyat Malaysia akibat COVID-19 adalah orang Melayu dari Peserai, Batu Pahat," tulisnya.
Dalam status sama, individu tidak bertanggungjawab itu cuba mengelirukan orang ramai dengan berkongsi video mengenai berita kematian akibat Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) pada April 2014.
Bagaimanapun, akaun Facebook tersebut telah dipadamkan oleh pemiliknya.
BACA: Penduduk disyaki dijangkiti MERS-CoV di bawah pengawasan, bukan dikuarantin
BACA: COVID-19: 190 kes baharu dicatat, jumlah meningkat kepada 428
Pada Ahad, KKM dalam satu kenyataan media melaporkan kes kumulatif COVID-19 di negara ini meningkat kepada 428 kes namun tiada sebarang kematian dicatatkan.
#Batu Pahat Johor #berita palsu #coronavirus #COVID-19 #Facebook #KKM #koronavirus #Mavis JX #Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus MERS-CoV #Semak Fakta
;