Semak Fakta: Tiada kakitangan Mydin Bandar Baru Samariang dikuarantin di IAB

Astro Awani
April 20, 2020 07:34 MYT
Mydin Sarawak nafi dakwaan bahawa terdapat kakitangannya di cawangan Bandar Baru Samariang, Kuching telah dimasukkan ke pusat kuarantin IAB.
Mydin Sarawak menafikan dakwaan bahawa terdapat kakitangannya di cawangan Bandar Baru Samariang, Kuching telah dimasukkan ke pusat kuarantin Institut Aminuddin Baki (IAB).
Menerusi status di laman Facebook, Mydin Sarawak mohon kerjasama orang ramai agar menghentikan perkongsian palsu itu.
“Ini boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai. Penyebar berita palsu akan didakwa.
“Jika tidak pasti, jangan kongsi dengan sesiapa, sebaliknya rujuklah maklumat-maklumat yang sah di kesemua platform rasmi media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.
Tiada aktiviti penjualan di Pasar Borong Kuala Lumpur - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan terdapat aktiviti penjualan yang membabitkan warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur dekat Selayang semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, DBKL menjelaskan warga asing di kawasan berkenaan hanya menjalankan aktiviti pemunggahan bekalan asas, dan bukan melakukan jualan.
#DBKL #Facebook #Kementerian Kesihatan #Kuala Lumpur #Kuching #Pasar Borong Kuala Lumpur #Semak Fakta #warga asing