Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membuat laporan polis berhubung pemalsuan iklan ujian saringan COVID-19 seperti yang dikeluarkan olen sebuah syarikat yang mendakwa berdaftar sebagai panel agensi itu.

Tampil menjelaskan perkara itu, Perkeso dalam satu kenyataan memaklumkan sehingga kini belum membuat sebarang keputusan muktamad.


“Iklan palsu itu disebarkan melalui media sosial. Syarikat itu turut mendakwa semua ujian akan dijalankan oleh Doktor Keselamatan Pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH).

“Perkeso belum memuktamadkan syarikat, garis panduan, panel klinik serta hospital bagi Program Saringan Prihatin (PSP) ke atas pekerja dalam sektor yang beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

2. TEKUN Nasional nafi lantik ejen CBRM

Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional menafikan pernah melantik ejen atau pihak ketiga dalam menguruskan permohonan pembiayaan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro atau Covid Recovery-Micro (CBRM).

Semua permohonan berkaitan skim itu perlu dibuat secara atas tallan menerusi pautan https://fas.tekun.gov.my/cbrm