Semak Fakta: PDRM nafi keluar arahan perintah berkurung

Najmi Syahiran Mamat
Mac 27, 2020 02:27 MYT
Kenyataan itu turut memuatkan penafian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa kementerian itu mengkategorikan kawasan Batu Pahat sebagai zon merah COVID-19. - Gambar Instagram @kkmm_gov
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan mengeluarkan poster memohon sumbangan barangan asas untuk penghuni Perumahan Awam (PA) dan penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam kenyataan pada Jumaat, turut menyatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan pasukan itu mengeluarkan arahan perintah berkurung bermula jam 6 petang hingga 7 pagi dan akan menangkap sesiapa yang melanggar arahan berkenaan.
PDRM bagaimanapun meminta orang ramai patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan ketika ini.
Selain itu, Kementerian Kesihatan (KKM) juga menafikan kementerian itu mengkategorikan kawasan Batu Pahat sebagai zon merah COVID-19.
Untuk rekod, setakat pukul 10 pagi Jumaat, sebanyak 11 kawasan atau daerah dari seluruh negara telah dilabelkan sebagai kawasan zon merah akibat wabak COVID-19.
Berikut adalah daerah yang dilabel sebagai kawasan zon merah mengikut taburan kes tertinggi:
Lembah Pantai (167 kes)
Petaling Jaya (167 kes)
Hulu Langat (132 kes)
Seremban (78 kes)
Johor Bahru (68 kes)
Kluang (54 kes)
Gombak (53 kes)
Titiwangsa (49 kes)
Kota Bharu (48 kes)
Hilir Perak (48 kes)
Kinta (41 kes)

11 daerah zon merah penularan jangkitan #COVID19 yang melebihi 41 kes. Anda yang berada di daerah- daerah ini perlu meningkatkan lagi langkah-langkah percegahan terutama duduk di rumah. Stay at home to stay safe. @DrAdhamBaba pic.twitter.com/UeunWEHhQ8

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Batu Pahat #berita palsu #COVID19 #DBKL #fact check #Johor Bahru #Kementerian Kesihatan #KKMM #koronavirus #PDRM #Polis Diraja Malaysia #Semak Fakta #SemakFakta