Semak Fakta: Lelaki warga Indonesia maut di Sitiawan bukan akibat COVID-19
Sahlizah Mohamed
April 14, 2020 09:47 MYT
April 14, 2020 09:47 MYT
1. Lelaki Indonesia maut di Sitiawan akibat meningitis, bukan COVID-19
Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) menafikan bahawa dakwaan lelaki warga Indonesia yang meninggal dunia di sebuah rumah di Kampung Selamat, Sitiawan, Perak disebabkan COVID-19.
Lelaki terbabit sebaliknya meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan radang otak (meningitis).
Pengarah JKNP, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, pihaknya mendapati lelaki berusia 42 tahun terbabit mengalami demam, hilang selera makan dan sukar bergerak.
“Keputusan ujian saringan COVID-19 yang dijalankan di makmal Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 9.47 malam mendapati lelaki itu negatif jangkitan virus berkenaan,” katanya.
2. MBJB nafi mohon sumbangan Tabung COVID-19
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menafikan pernah melantik beberapa individu untuk memohon sumbangan berbentuk wang bagi Tabung COVID-19 MBJB.
Tabung berkenaan tidak pernah wujud dan berita yang tular itu adalah palsu.
#COVID-19
#hilang
#Hospital
#Indonesia
#Ipoh
#Johor Bahru
#maut
#MBJB
#meninggal dunia
#meningitis
#Semak Fakta