Semak Fakta: Hospital Sultanah Bahiyah nafi tutup wad ICU
Astro Awani
April 20, 2020 20:51 MYT
April 20, 2020 20:51 MYT
Pihak Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah menafikan tentang penutupan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan.
Menurut kenyataan rasmi di laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, ICU hospital berkenaan sebaliknya masih beroperasi seperti biasa.
“Untuk makluman, masih terdapat kes COVID-19 yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah walaupun tiada pesakit yang memerlukan rawatan di ICU pada ketika ini.
“Video yang dimuatnaik dalam media sosial dilakukan tanpa pengetahuan pihak pengurusan Hospital Sultanah Bahiyah atau pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah,” kata kenyataan itu.
Semua pihak terutamanya anggota kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah diminta supaya tidak mengeluarkan kenyataan, memuatnaik gambar atau video yang boleh mengelirukan dan menimbulkan persepsi yang salah kepada masyarakat awam.
2. MKN nafi mesej lanjutan PKP
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan mesej berkenaan tarikh pelaksanaan dan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mesej berkenaan kononnya dihantar oleh individu yang bergelar Timbalan Ketua Pengarah di MKN.