Semak fakta, elak infodemik!
Ehsan A Marisah
September 8, 2020 17:46 MYT
September 8, 2020 17:46 MYT
BERITA palsu, kecelaruan maklumat dan khabar angin terutamanya di media sosial umpama isu yang tiada hujung pangkalnya.
Infodemik ini bukan sahaja mengganggu pihak bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat, malah melambatkan usaha mengatasi masalah yang sedang dihadapi.
Bertambah teruk, ada yang menjadi mangsa akibat penyebaran berita palsu dan mengakibatkan derita fizikal serta emosi.
Hal ini berlaku apabila masing-masing berlumba untuk berkongsi maklumat dan menyebarkannya tanpa menyemak kesahihan atau fakta sesuatu berita itu.
Lebih rancak lagi, apabila berita tersebut ditambah-tambah untuk dijadikan lebih sensasi.
Ketika dunia bertungkus-lumus melawan COVID-19, usaha membantu negara dalam memerangi wabak ini bukan sahaja apabila mematuhi segala perintah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, malah membantu memutuskan rantaian berita palsu.
Kematangan dalam berkongsi maklumat dan menyebarkan berita menjadi tanggungjawab kita bersama.
Kitalah barisan hadapan dalam memastikan infodemik ini dapat ditangani dengan baik.
Namun, apakah caranya dan saluran terbaik bagi menyemak dan memastikan kesahihan fakta sesuatu berita?
Dan di mana pula aduan yang boleh dilakukan sekiranya anda berhadapan dengan berita palsu?
Sertai kami dalam diskusi secara mendalam menerusi webinar AWANI - The New Normal Series S10 membincangkan isu “PENDEKAR SEMAK FAKTA: Tapisan Kendiri Memerangi Berita Palsu”.
Daftar sekarang di www.linc.astroawani.com, pada 10 September 2020 ini, jam 11 pagi.
Sesi ini dikendalikan oleh wartawan kanan Harits Asyraf Hasnan dan disertai CEO Supernewsroom Intelecasia, Manminder Kaur Dhillon; pengarah Rotikaya Media Sdn Bhd, Hamzie Hambali; Integrity Partnerships, Facebook Aya Lowe; dan Pakar Komunikasi Sains SMC, Editor-in-Chief The Petri Dish, Dr Mahaletchumy Arujanan.