Semak Fakta: Dua lagi berita palsu libatkan Hospital Beaufort dan Klinik Kesihatan Bangi

Sahlizah Mohamed
April 12, 2020 17:27 MYT
Mesej suara libatkan pencarian wanita penyakit COVID-19 oleh Hospital Beaufort dan penutupan Klinik Kesihatan Bangi adalah palsu.
Dua lagi berita palsu dinafikan kesahihannya hari ini yang melibatkan Hospital Beaufort di Sabah dan Klinik Kesihatan Bangi di Selangor.
1. Hospital Beaufort nafi dua mesej suara tular di Whatsapp wanita positif COVID-19
Pihak Hospital Beaufort, Sabah menafikan dakwaan dua mesej suara memaklumkan seorang wanita yang positif COVID-19 telah mengunjungi bank BSN.
Wanita berkenaan kini didakwa sedang dicari oleh pihak hospital.
Bagaimanapun, hospital berkenaan dalam satu kenyataan rasmi di Facebook memaklumkan dua mesej suara yang tular dalam aplikasi WhatsApp itu adalah tidak benar.
“Kedua-dua mesej suara berkaitan (kononnya) seorang makcik yang disahkan positif COVID-19 telah mengunjungi BSN dan dicari oleh pihak hospital.
“Kedua-dua mesej suara yang tular ini adalah tidak benar. Orang awam dinasihatkan untuk tidak panik dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian COVID-19,” kata kenyataan itu.
2. Klinik Kesihatan Bangi nafi ditutup sehingga 28 April
Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Selangor menafikan dakwaan bahawa Klinik Kesihatan Bangi ditutup sehingga 28 April dan semua kakitangannya perlu menjalani saringan COVID-19.
Sebaliknya klinik berkenaan masih beroperasi seperti biasa dan waktu operasi kekal selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
#coronavirus #COVID-19 #Facebook #Hospital #Hospital Beaufort #koronavirus #Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat #Semak Fakta #wanita #WhatsApp
;