Semak Fakta: Dakwaan Balai Polis Kepala Batas minta sumbangan makanan tidak benar

Astro Awani
April 19, 2020 22:02 MYT
IPD Seberang Perai Utama, Pulau Pinang nafi dakwaan Balai Polis Kepala Batas minta sumbangan makan tengah hari untuk petugas barisan hadapan
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, Pulau Pinang menafikan dakwaan Balai Polis Kepala Batas meminta sumbangan untuk petugas barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sumbangan kononnya diminta dalam bentuk barangan mahu pun wang tunai daripada individu atau agensi untuk bantuan makan tengah hari.
IPD Seberang Perai Utara menerusi kenyataan rasmi di Facebook menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan maklumat tersebut.
“Informasi sebegini hanya akan memburukkan nama baik IPD Seberang Perai Utara dan Balai Polis Kepala Batas.
“Kepada mana-mana individu yang memperolehi maklumat itu, diharapkan dapat menghentikan penyebarannya,” katanya.
#COVID-19 #Facebook #Malaysia #PDRM #PKP #polis #Polis Diraja Malaysia #Seberang Perai #Semak Fakta
;