Semak fakta: Berita palsu kes COVID-19 cecah 10,000 tular

Astro Awani
Mei 30, 2021 16:33 MYT
Poster ini tular di beberapa platform media sosial termasuk di aplikasi WhatsApp, sebelum Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham mengesahkan jumlah kes harian rasmi sekitar pukul 2 petang.
KUALA LUMPUR: Poster mengandungi berita palsu yang mendakwa kes positif COVID-19 harian di Malaysia mencecah lebih 10,000 pada 30 Mei (hari ini) tular di media sosial.
Menurut poster tersebut, sebanyak 10,290 jangkitan baharu wabak berkenaan direkodkan hari ini.
Gambar berkenaan tular di beberapa platform media sosial termasuk di aplikasi WhatsApp, sebelum Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham mengesahkan jumlah kes harian rasmi sekitar pukul 2 petang.
Malaysia hari ini merekodkan 6,999 kes positif dengan Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi, iaitu sebanyak 2,477.
Sebelum ini, tanda pagar ‘Road to 10k’ sohor kini di Twitter sejak jumlah kes COVID-19 menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak kebelakangan ini.
Tanda pagar tersebut digunakan segelintir pengguna Twitter bagi meluahkan kebimbangan mereka susulan peningkatan kes harian yang dijangka mencecah 10,000 dalam masa terdekat.
#COVID-19 #Kes #10 000 #Ketua Pengarah Kesihatan #Noor Hisham Abdullah #WhatsApp #berita palsu #poster
;