Semak fakta: Berita palsu berkenaan PM, Presiden PKR letak jawatan
Nickyson Nyambar
Julai 26, 2021 00:48 MYT
Julai 26, 2021 00:48 MYT
KUALA LUMPUR : Astro AWANI menafikan berkongsi hantaran di laman sosial mengenai peletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedua-dua gambar yang tular di aplikasi WhatsApp itu disunting dengan menyalahgunakan logo profil Astro AWANI dan ia adalah palsu serta tidak benar.
Astro AWANI tidak pernah mengeluarkan sebarang hantaran sedemikian di laman sosial atau mana-mana platformnya.
Semak fakta dan terus ikuti berita sahih yang dibawakan di dalam semua platform Astro AWANI.