Seluruh Perlis bakal dapat perkhidmatan internet sepenuhnya menjelang akhir 2016

Bernama
Oktober 4, 2015 15:53 MYT
Kemudahan kolektif itu akan meningkatkan taraf ekonomi dan social serta merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar yang ketika ini agak ketara.
Penduduk Perlis khususnya di kawasan luar Bandar bakal menikmati jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) sepenuhnya menjelang akhir tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.
Menurutnya kemudahan kolektif itu akan meningkatkan taraf ekonomi dan social serta merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar yang ketika ini agak ketara.
"Penyediaan perkhidmatan ini di bawah program Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) menelan kos kira-kira RM43 juta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan PI1M Rancangan Perumahan Awam Arau di sini, petang semalam.
Menurut Azlan Perlis telah pun mempunyai 12 PI1M yang beroperasi di seluruh negeri dan kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menambah PI1M dari semasa ke semasa.
Katanya PI1M terbuka kepada setiap rakyat tanpa mengira usia. Setiap PI1M dilengkapi 20 komputer dan perisian dikenakan bayaran serendah RM1 untuk penggunaan selama sejam di samping perkhidmatan WiFi percuma.
#Azlan Man #HSBB #jalur lebar #kelajuan tinggi #luar bandar #Perlis
;