Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 13 pegawai penguat kuasa, seorang bekas pegawai Unit Pencegahan Penyeludupan dan seorang orang awam kerana disyaki melindungi aktiviti penyeludupan bahan api ke negara jiran.
Kesemua mereka ditahan dalam Ops Licin 2, pada Isnin.
Penahanan itu adalah yang terbesar selepas operasi membabitkan pihak yang cuba mengelak membayar cukai di Zon Perdagangan Bebas Cukai (PKFZ) September lalu.
Pegawai penguat kuasa yang ditahan pernah bertugas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).
Suspek dipercayai menerima suapan di antara RM50 hingga RM4,000 daripada pengusaha stor petrol dan diesel tidak berlesen di sekitar Durian Burung, Kedah.
Malah, dilaporkan ada di antara suspek terbabit menerima wang rasuah secara bulanan.
Daripada 15 yang ditahan, lima merupakan anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP), seorang bekas anggota UPP dan masing-masing enam anggota Pasukan Gerakan Am di Perak dan dua di Kedah.
Pesara yang ditahan merupakan bekas komander UPP berpangkat ASP yang diberkas di rumahnya di Alor Setar, manakala seorang orang awam yang bersubahat dengan suspek ditahan di Ipoh.
Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta SPRM 2009 membabitkan kesalahan meminta suapan oleh penjawat awam.
Astro Awani
Tue Mar 03 2015

SPRM menahan 15 suspek, termasuk seorang pegawai penguat kuasa, kerana disyaki melindungi aktiviti penyeludupan bahan api ke negara jiran.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ops Licin 2: 14 orang lagi ditahan SPRM hari ini
Seramai 14 orang iaitu 11 pegawai penguat kuasa dan tiga orang awam ditahan oleh SPRM hari ini dalam Ops Licin 2.

Ops Licin 2: 11 lagi ditahan, 9 di Kedah dan dua di Perak
SPRM menahan 11 lagi pegawai polis bagi membantu siasatan kes berkaitan melindungi aktiviti penyeludupan dan minyak petrol secara haram.