Seleweng dana KKLW: Giliran bekas Menteri Kabinet beri keterangan

Astro Awani
Oktober 19, 2017 14:58 MYT
Individu itu dipercayai telah menaiki sebuah pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang sekitar jam 12.55 tengah hari tadi. - Gambar fail
Seorang bekas Menteri Kabinet dijadualkan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan yang membabitkan dana awam Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Kota Kinabalu, Sabah petang ini.
Menurut sumber ketika dihubungi Astro AWANI hari ini, individu itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sekitar jam 3.30 petang ini.
Beliau dilaporkan telah menaiki sebuah pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang sekitar jam 12.55 tengah hari tadi.
Sumber turut memberitahu peguam bekas Menteri Kabinet itu telah mengesahkan bahawa anak guamnya akan hadir untuk memberi keterangan di pejabat SPRM Kota Kinabalu sekitar jam 5 petang ini.
Sebelum ini, beberapa tangkapan berhubung penyelewengan dana awam ini telah dibuat membabitkan dua adik-beradik Menteri Kabinet itu.
BACA: Seleweng dana kementerian: Pemimpin kanan parti politik Sabah ditahan SPRM
BACA: Lagi ahli politik Sabah ditahan SPRM
BACA: Adik presiden parti pembangkang Sabah ditahan SPRM
BACA: Seleweng dana KKLW: Menantu lelaki ditahan SPRM
BACA: Adik pemimpin politik pembangkang Sabah ditahan SPRM
Nantikan laporan seterusnya tentang skandal membabitkan dana KKLW di www.astroawani.com
#Astro Awani #Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah #KKLW #KLIA #Kota Kinabalu #Kuala Lumpur #Malaysia #menteri #pesawat #Sepang #siasatan #SPRM
;